Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sambutan Hari Biodiversiti Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2025

Description

Semporna, 24 Julai 2025 - Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna telah berjaya menganjurkan sambutan Hari Biodiversiti Sedunia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 bertemakan " Harmony with Nature and Sustainable Development" bertempat di Dewan Arena Masyarakat, Semporna. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, mewakili YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah. 

Acara ini telah menghimpunkan penyertaan meluas yang merangkumi:

  • Agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan ; 
  • Sekolah rendah dan menengah 
  • Wakil-wakil komuniti sekitar daerah Semporna
  • Serta orang awam yang hadir memberikan sokongan terhadap usaha pemuliharaan biodiversiti negeri Sabah. 

Antara pengisian utama ialah ceramah kesedaran dari Jabatan Perikanan Sabah, Reef Check Sabah dan WWF Malaysia, pameran  interaktif, gimik perasmian bertemakan mesej dari lautan, serta pelbagai aktiviti berinformasi yang menyasarkan golongan muda dan masyarakat umum. 

SaBC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Pejabat Daerah Semporna, barisan Jawatankuasa Induk sambutan, agensi-agensi pempamer, para penceramah jemputan, peserta dari pelbagai institusi, barisan media, serta para pengunjung yang telah bersama-sama menjayakan sambutan ini. 

Sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu manifestasi komitmen berterusan kerajaan negeri Sabah dalam memastikan warisan biodiversiti terus dilindungi , selaras dengan matlamat pembangunan mampan. 

"In harmony, we survive. In balance we thrive" 

Photos
pic 1
pic 2
pic 3
pic4
pic5
pic6
pic7
pic8
pic9
pic10
pic11
pic12
pic13
pic14
pic15
pic16
Event date