14 Januari 2026 - Mesyuarat pertama bagi penganjuran Anugerah Penyelidikan Biodiversiti Terbaik Sabah Tahun 2026 telah diadakan hari ini dengan penglibatan pelbagai agensi strategik bagi membincangkan persediaan pembukaan anugerah tersebut.
Antara entiti yang telah hadir pada mesyuarat ini terdiri dari Agensi Kerajaan: Kementerian Pendidikan, Sains Teknologi & Inovasi (KSTI) Sabah, Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan (DIDR) Sabah, dan Institute for Development Studies (IDS). Manakala, bagi Institusi Pendidikan & Yayasan: Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, Yayasan Sabah, dan University College Sabah Foundation (UCSF). Turut hadir sama beberapa ahli Majlis Biodiversiti Sabah (MBS) bagi memberi idea-idea serta penambahbaikan dari segi penilaian borang serta rubrik permarkahan anugerah berprestij ini.
Anugerah ini bertujuan mengiktiraf kecemerlangan dalam penyelidikan biodiversiti di negeri Sabah. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif biodiversiti negeri, anda boleh merujuk kepada portal rasmi Media sosial & Laman rasmi Pusat Biodiversiti Sabah.
Nantikan pengumuman rasmi tentang Anugerah Penyelidikan Biodiversiti Terbaik Sabah Tahun 2026 tidak lama lagi!

