Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐊𝐍𝐎𝐖𝐋𝐄𝐃𝐆𝐄 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐒𝐘𝐒𝐓𝐄𝐌 (𝐒𝐚𝐓𝐊𝐈𝐒)

Description

𝟐𝟕 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔: SaBC telah menganjurkan Sesi Latihan Pengguna SaTKIS pada hari Selasa yang lalu.

SaTKIS merupakan 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢 (𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐥𝐞𝐝𝐠𝐞, 𝐓𝐊) yang dibangunkan oleh TechnoNet Sdn. Bhd. di bawah peruntukan Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan (BPBP), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Projek Pembangunan Rolling Plan 4 (RP4) RMKe-12 Tahun 2024.

Sesi latihan ini bertujuan 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐒𝐚𝐓𝐊𝐈𝐒 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧, 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢 secara berstruktur dan bersepadu.

Program ini telah disertai oleh wakil-wakil daripada agensi dan institusi berikut:

• Jabatan Perhutanan Sabah

• Jabatan Pertanian Sabah

• Jabatan Muzium Sabah

• Taman-Taman Sabah

• Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah

• Yayasan Sabah

• Universiti Malaysia Sabah (UMS)

• Persatuan Penanam Herba dan Pengamal Perubatan Tradisional & Komplementari Borneo Utara Sabah

• Botanicals Sabah Sdn. Bhd.

SaBC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan penyertaan semua pihak dalam menjayakan sesi latihan ini, selaras dengan usaha memartabatkan dan melindungi pengetahuan tradisi di Sabah.

"𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢, 𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐭𝐊𝐈𝐒"Image removed.

#SaBC #SaTKIS #TraditionalKnowledge #BiodiversitiSabah #RMKe12 #NRES #PemeliharaanPengetahuanTradisi

Photos
pic 1
Event date