Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗔𝗣𝗟𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗧𝗔𝗛𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗥𝗔𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 / 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗔𝗟 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗥𝗠𝗞𝗲-𝟭𝟮)

Description

𝟐𝟗–𝟑𝟎 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔: Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) telah terlibat dalam 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐋𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐀𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢/𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan (BPBP), 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐀𝐬𝐥𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐚𝐦 (𝐍𝐑𝐄𝐒) serta 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐅𝐑𝐈𝐌) selaku peneraju projek.

Fokus perbincangan pada hari pertama sesi tertumpu kepada pelaksanaan Komponen 7(d) yang dilaksanakan oleh SaBC, iaitu 𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡. Perbincangan merangkumi aspek protokol komuniti, pendokumentasian pengetahuan tradisi, serta mekanisme perkongsian faedah yang adil dan saksama.

Pada hari kedua, sesi diteruskan dengan 𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐩𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩, 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐥𝐮𝐝, bagi menilai pelaksanaan aktiviti berkaitan protokol komuniti dan dokumentasi pengetahuan tradisi di peringkat lapangan.

SaBC merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama strategik NRES dan FRIM dalam memastikan pelaksanaan projek ini berjalan dengan berkesan serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Photos
1
2
3
4
pic 5
Event date