Description
Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) telah menerima kunjungan hormat daripada Sabah Economic Advisory Council (SEAC) pada 02 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Biodiversiti Sabah.
Delegasi SEAC diketuai oleh YBhg. Datuk Haji Yusoff Hunter bin Datuk Haji Mohamed Kasim, bersama tiga orang Ahli SEAC yang lain. Sesi kunjungan ini telah membuka ruang perbincangan serta perkongsian pandangan di mana SEAC turut mengemukakan beberapa cadangan kepada SaBC bagi memperkukuh unit penguatkuasaan pusat serta pembangunan tapak biodiversiti di sekitar kawasan Kota Kinabalu.
#SabahMajuJaya #MalaysiaMadani #SaBC #SEAC #PusatBiodiversitiSabah
Photos
Event date

