𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐄𝐅𝐅𝐄𝐂𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐀𝐑𝐄𝐀-𝐁𝐀𝐒𝐄𝐃 𝐂𝐎𝐍𝐒𝐄𝐑𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐌𝐄𝐀𝐒𝐔𝐑𝐄𝐒 (𝐎𝐄𝐂𝐌)
𝟐𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔: Pusat Biodiversiti Sabah, Pejabat Daerah Semporna, dan WWF-Malaysia dengan kerjasama Reef Check Malaysia telah berjaya menganjurkan bengkel di atas bertempat di Hotel Wingtat, Semporna.
Bengkel ini merupakan langkah proaktif dalam memperkasakan komuniti setempat untuk memainkan peranan utama dalam menjaga khazanah marin kita, di samping menyokong proses pengiktirafan OECM bagi kawasan-kawasan yang berpotensi di sekitar Semporna.
Objektif utama bengkel ini adalah:
Meningkatkan kefahaman mendalam mengenai prinsip OECM kepada komuniti dan pihak berkepentingan.
Mengenal pasti kawasan pengurusan komuniti yang berpotensi untuk mendapat pengiktirafan OECM.
Mendapatkan sokongan dan maklum balas daripada pihak berkuasa tempatan bagi melancarkan proses pengiktirafan ini.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 14 agensi, badan berkanun, pihak swasta, dan wakil komuniti yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang bengkel berlangsung.
Semoga kolaborasi erat ini menjadi pemangkin kepada pemuliharaan biodiversiti yang lebih mampan untuk generasi akan datang!
Kredit gambar Adzmin Fatta, Reef Check Malaysia
#Semporna #PemuliharaanMarin #OECM #PusatBiodiversitiSabah #WWFMalaysia #ReefCheckMalaysia #SabahConservation #KomunitiPrihatin #Biodiversiti

