Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

MAJLIS ANUGERAH PENYELIDIK BIODIVERSITI TERBAIK SABAH 2026 SEMPENA HARI BIDOVERISITI SEDUNIA

Description

MAJLIS ANUGERAH PENYELIDIK BIODIVERSITI TERBAIK SABAH 2026 SEMPENA HARI BIDOVERISITI SEDUNIA

30 JUN 2026 - – Sempena dengan Sambutan Hari Biodiversiti Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2026, Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) telah menganjurkan Majlis Anugerah Penyelidikan Biodiversiti Terbaik Sabah 2026 (Sabah Best Biodiversity Research Awards – SBBRA 2026) di Hotel Hilton, Kota Kinabalu.

Anugerah dwitahunan berprestij ini merupakan platform pengiktirafan kepada para penyelidik yang menjalankan penyelidikan biodiversiti di Sabah di bawah Lesen Akses SaBC. Penilaian bagi anugerah ini dibuat berdasarkan kecemerlangan akademik, impak penyelidikan terhadap komuniti setempat, serta sumbangan penyelidikan dalam menangani cabaran dan isu biodiversiti di peringkat global.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam yang mewakili Ketua Menteri Sabah, YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

 Pengiktirafan Buat Wira Sektor Sains! 

Penganjuran SBBRA 2026 oleh SaBC merupakan satu langkah penting bagi menghargai sumbangan, usaha keras, dan dedikasi para penyelidik tanah air.

Berikut adalah barisan Penerima Anugerah Biodiversiti Terbaik Sabah bagi tahun 2026 :

ANUGERAH KHAS JURI

Penerima : Ts. Gs. Dr. Chong Wei Sheng (Institut Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah)

Penyelidikan: Seagrass Mapping and Community-Based Program in Sabah and the Federal Territory of Labuan

ANUGERAH PENYELIDIK MUDA HARAPAN

Penerima : Dr. Ily Azzedine Alaia M.H Subari (Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah)

Penyelidikan: Multigene Phylogeny, Nutritional Analysis and Biological Activity of Wild Edible Mushrooms in Sabah

ANUGERAH PENYELIDIK TERBAIK ANTARABANGSA

Penerima: Dr. Alastair Scott Robinson (Royal Botanic Gardens Victoria, Australia)

Penyelidikan: Investigating the Nepenthes Flora of Gunung Meliau, Ulu Tungud Forest Reserve, Beluran District, Sabah

ANUGERAH PENYELIDIK TERBAIK TEMPATAN

Penerima: Dr. Joanna W. Doinsing (Institut Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah/ Pensyarah Politeknik Sandakan)

Penyelidikan: Sustainability of Oyster (Magallana bilineata) Farming in the Coastal Waters of Tuaran, Sabah

Tahniah dan syabas kami ucapan kepada para penerima anugerah berprestij ini, dan para penyelidik yang telah pun mencalonkan diri dalam Anugerah Penyelidikan Biodiversiti Terbaik Sabah edisi tahun 2026. Semoga anugerah berprestij ini menjadi inspirasi untuk lebih banyak penemuan serta penyelidikan bermutu tinggi pada masa hadapan!

Photos
Event date