Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) amat berbesar hati kerana telah dijemput dan diberi peluang untuk berkongsi kepakaran dalam Forum Kebangsaan Tahun 2026: Pengukuhan Pengurusan Data dan Konservasi Marin di Malaysia yang telah berlangsung pada 14 hingga 15 Julai 2026 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya.
Dalam forum yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan kerjasama WWF-Malaysia ini, Pengarah SaBC, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧 𝐊𝐚𝐫𝐭𝐢𝐧𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬, telah hadir sebagai salah seorang pembentang utama di mana beliau telah menyampaikan pembentangan bertajuk "𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐁𝐢𝐨𝐝𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐎𝐄𝐂𝐌 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡".
Antara pengisian dan perkongsian utama yang telah dibentangkan oleh beliau termasuklah:
𝟭. 𝗠𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁 & 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 (𝟮𝟬𝟮𝟰-𝟮𝟬𝟯𝟰)
Sebagai Jabatan Negeri penuh sejak 2023 di bawah Enakmen Biodiversiti Sabah 2000, SaBC kini memacu Strategi Biodiversiti Sabah 2024-2034. Sasaran utama kita adalah melindungi sekurang-kurangnya 30% kawasan darat dan 15% kawasan marin menjelang tahun 2035 melalui MPA (Marine Protected Areas) dan OECM (Other Effective Area-based Conservation Measures).
𝟮. 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗮 𝗦𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗦𝗮𝗕𝗜𝗜𝗦
Melalui Sabah Biodiversity Integrated Information System (SaBIIS), pangkalan data biodiversiti Sabah kini lebih bersepadu. Setakat ini, data marin merekodkan 938 spesies (termasuk 544 spesies terumbu karang). Usaha memperluas kutipan data marin terus dipergiat bagi merapatkan jurang baki data marin negeri.
𝟯. 𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗻 (𝗠𝗣𝗔)
Setakat tahun 2023, Sabah kini memiliki 7 rangkaian MPA utama dengan keluasan 1,019,479 hektar (mewakili 7% daripada perairan Sabah). SaBC bersama agensi berkaitan sedang giat merapatkan jurang baki 8% lagi bagi mencapai sasaran perlindungan 15%.
𝟰. 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗢𝗘𝗖𝗠
Pendekatan OECM terus diperkukuh di Sabah bagi melibatkan komuniti tempatan, orang asal, dan pihak swasta dalam pemuliharaan. Sebanyak tiga (3) tapak di Sabah yang telah dikenalpasti memenuhi syarat OECM iaitu Berungus Marine Managed Area (BMMA), Sungai Pin Conservation Area (SPnCA), dan Sekar Imej Conservation Area (SICA).
𝟱. 𝗛𝗮𝗹𝗮 𝗧𝘂𝗷𝘂 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸
Bagi mendepani cabaran tadbir urus dan kekangan data, SaBC komited melangkah ke hadapan dengan mendigitalisasikan profil ekologi di SaBIIS, memuktamadkan Roadmap OECM Sabah, serta memperkasa kapasiti komuniti tempatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), WWF-Malaysia, serta semua rakan strategik dari agensi kerajaan, NGO (Forever Sabah, SEARRP), pihak swasta, dan komuniti yang sentiasa bersama-sama menyokong usaha murni ini.

