Pada 15 Julai 2026 yang lalu, SaBC telah menerima kunjungan hormat dan mengadakan mesyuarat perbincangan bersama 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 (𝐏𝐌𝐔) 𝐌𝐘-𝐅𝐎𝐋𝐔𝐑 bagi meneroka peluang kerjasama strategik yang lebih erat.
Bagi yang belum mengenali, 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐅𝐨𝐨𝐝 𝐒𝐲𝐬𝐭𝐞𝐦𝐬, 𝐋𝐚𝐧𝐝 𝐔𝐬𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐑𝐞𝐬𝐭𝐨𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐅𝐎𝐋𝐔𝐑) merupakan satu inisiatif global yang dibiayai oleh Global Environment Facility (GEF) dengan penyeliaan teknikal oleh World Bank.
Di Malaysia, projek berimpak tinggi ini diterajui oleh United Nations Development Programme (UNDP) bersama 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 selaku Rakan Pelaksana, yang memberi tumpuan khusus kepada rantaian nilai komoditi kelapa sawit yang mampan serta pengurusan guna tanah yang bersepadu.

