Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

KUNJUNGAN HORMAT PUSAT KONVESYEN ANTARABANGSA SABAH (SICC) KE PUSAT BIODIVERSITI SABAH (SaBC) KUKUHKAN JALINAN KERJASAMA STRATEGIK

 

28 JULAI 2026 – Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sabah International Convention Centre - SICC / Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Delegasi SICC tersebut diketuai oleh Pengarah Jualan & Pemasaran, Puan Veronica Gnanasegaran, dan disambut baik oleh Pengarah SaBC, Puan Ken Kartina Khamis yang turut hadir serta berbesar hati menerima kunjungan tersebut.

Objektif utama kunjungan ini adalah sebagai sesi suai kenal, di samping meneroka peluang jalinan hubungan kerjasama yang strategik pada masa hadapan. SaBC menyambut baik hasrat tersebut dan menzahirkan komitmen untuk sentiasa menyokong usaha murni pihak SICC.

Dalam pertemuan tersebut, pihak SaBC turut mengemukakan cadangan agar setiap dewan di SICC disediakan maklumat ringkas mengenai latar belakang nama yang kini digunakan seperti Mantanani, Sipadan, Mabul, Kinabatangan, dan lain-lain. Inisiatif ini penting bagi membolehkan orang ramai serta pengunjung luar serta antarabangsa mengetahui keunikan dan erti di sebalik nama-nama ikonik Sabah tersebut. Selain itu, SaBC menyatakan kesediaan penuh untuk membantu SICC dalam usaha tersebut demi memartabatkan serta mempromosikan destinasi yang mempunyai nilai biodiversiti dan eko-pelancongan menarik di negeri Sabah.