Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐒𝐚𝐁𝐂 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 (𝐉𝐇𝐄𝐀𝐍𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐊𝐎𝐋 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

 

11 OGOS 2026 – Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥 𝐄𝐡𝐰𝐚𝐥 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 (𝐉𝐇𝐄𝐀𝐍𝐒) bertempat di Ibu Pejabat JHEANS. Kunjungan yang diketuai oleh 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧 𝐊𝐚𝐫𝐭𝐢𝐧𝐚 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐁𝐂 telah disambut mesra oleh 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐮𝐤𝐫𝐢 𝐁𝐢𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐢, 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐉𝐇𝐄𝐀𝐍𝐒 bersama pegawai-pegawai kanan JHEANS.

Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐥𝐚 𝐭𝐮𝐣𝐮 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐨𝐤𝐨𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐬𝐞𝐝𝐮𝐫 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡. Perbincangan berfokus kepada status pengiktirafan protokol serta tanggungjawab agensi/jabatan yang memantau protokol tersebut. Melalui perbincangan strategik ini, SaBC dan JHEANS komited untuk memastikan setiap inisiatif biodiversiti di negeri Sabah dilaksanakan secara telus, inklusif, dan menghormati adat serta tradisi anak negeri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak JHEANS atas sambutan dan komitmen penuh yang diberikan sepanjang perbincangan ini. Semoga kerjasama erat ini terus memacu kelestarian biodiversiti dan kesejahteraan komuniti di Sabah.