𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔: Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) telah mengambil bahagian dalam program Pelaksanaan Latihan buat Pasukan Mobilisasi Komuniti Daerah (𝘊𝘰𝘮𝘮𝘶𝘯𝘪𝘵𝘺 𝘋𝘪𝘴𝘵𝘳𝘪𝘤𝘵 𝘔𝘰𝘣𝘪𝘭𝘪𝘴𝘦𝘳 - CDM) melalui Bengkel Pengenalan Mengenai Kriteria dan Garis Panduan Langkah "𝘖𝘵𝘩𝘦𝘳 𝘌𝘧𝘧𝘦𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘈𝘳𝘦𝘢-𝘣𝘢𝘴𝘦𝘥 𝘊𝘰𝘯𝘴𝘦𝘳𝘷𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘔𝘦𝘢𝘴𝘶𝘳𝘦𝘴" (OECM) yang dianjurkan oleh 𝐒𝐨𝐮𝐭𝐡𝐞𝐚𝐬𝐭 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐑𝐚𝐢𝐧𝐟𝐨𝐫𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐞𝐬𝐞𝐚𝐫𝐜𝐡 𝐏𝐚𝐫𝐭𝐧𝐞𝐫𝐬𝐡𝐢𝐩 (𝐒𝐄𝐀𝐑𝐑𝐏) bertempat di Jesselton Residences.
Bengkel ini bertujuan untuk melengkapkan pasukan CDM dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengenal pasti tapak berpotensi OECM di Sabah, mengiktiraf peranan komuniti dalam pemuliharaan biodiversiti, serta memahami penerapan OECM dalam landskap hutan yang diuruskan oleh komuniti.
𝐏𝐧. 𝐀𝐥𝐞𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐫𝐤𝐨𝐬, mewakili SaBC telah menyampaikan perkongsian berhubung 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐎𝐄𝐂𝐌 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 termasuk tadbir urus dan hala tuju pelaksanaan OECM di Sabah dari segi keutamaan dan peluang.
SaBC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SEARRP atas penganjuran bengkel ini serta komitmen berterusan semua ahli Pasukan CDM dalam menyokong agenda pemuliharaan biodiversiti Negeri Sabah.

