Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Memperkasa Perlindungan Sumber Genetik & Pengetahuan Tradisional Sabah di Peringkat Nasional

 

Pada 18 Ogos 2026 yang lalu, Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) telah dijemput sebagai salah satu penceramah dalam seminar bertajuk "National Seminar On WIPO Treaty On Intellectual Property, Genetic Resources & Associated Traditional Knowledge" anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bertempat di Menara MyIPO, Kuala Lumpur. SaBC telah diwakili oleh En. Rodney Jammy bagi menyampaikan pembentangan bertajuk Pengalaman dan Cabaran dalam Melindungi Biodiversiti dan Pengetahuan Tradisi di Sabah.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberikan pendedahan komprehensif mengenai triti antarabangsa baharu di bawah World Intellectual Property Organization (WIPO). Fokus utama perbincangan terarah kepada mekanisme perlindungan harta intelek yang berkait rapat dengan sumber genetik serta pengetahuan tradisional peninggalan nenek moyang kita.

Status Semasa:

Melalui ringkasan pembentangan, Malaysia kini sedang dalam usaha dan proses perbincangan untuk meratifikasi WIPO GRATK Treaty tersebut. Walau bagaimanapun, komitmen ini menuntut kajian semula yang teliti dan menyeluruh sebelum sebarang pindaan dibuat terhadap akta-akta sedia ada. Langkah berhati-hati ini penting bagi memastikan pelaksanaannya kelak adalah holistik, relevan, dan benar-benar melindungi kepentingan negara.

Jemputan SaBC oleh MyIPO bersama-sama dengan NRES, SBC, WIPO dan CSIR (India) dalam wacana seumpama ini menunjukkan komitmen berterusan SaBC untuk memastikan kekayaan biodiversiti, sumber genetik, dan hak pengetahuan tradisional anak negeri dan komuniti tempatan di Sabah sentiasa terpelihara dan diiktiraf di peringkat tertinggi.

Terima kasih MyIPO atas jemputan yang sangat bermanfaat ini!

Image removed. Gambar ihsan daripada: MyIPO

#SaBC #SabahBiodiversityCentre #MyIPO #WIPO #WIPOGRATK #GeneticResources #TraditionalKnowledge #HartaIntelek #PemuliharaanSabah #SabahMajuJaya