SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SESI TAKLIMAT DAN LATIHAN PENGISIAN E-FILING (BORANG BE) TAHUN TAKSIRAN 2025
SESI TAKLIMAT DAN LATIHAN PENGISIAN E-FILING (BORANG BE) TAHUN TAKSIRAN 2025
Program yang dianjurkan oleh Pusat Biodiversiti Sabah ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan teknikal kepada kakitangan mengenai tanggungjawab pengisytiharan cukai pendapatan melalui sistem e-Filing (MyTax) yang telah disampaikan oleh Puan Darmawati binti Asis, Pegawai Perhubungan Awam LHDN Caw. Kota Kinabalu.
Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk memastikan kakitangan memahami prosedur pengisian Borang BE secara dalam talian dengan tepat, di samping memberi penjelasan mengenai senarai pelepasan cukai (tax relief) terkini bagi mengoptimumkan taksiran cukai individu.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar. Adalah diharapkan agar selepas penganjuran taklimat ini, semua warga Pusat Biodiversiti Sabah akan sentiasa mematuhi garis panduan percukaian negara yang terkini