𝟐𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔: Pusat Biodiversiti Sabah, Pejabat Daerah Semporna, dan WWF-Malaysia dengan kerjasama Reef Check Malaysia telah berjaya menganjurkan bengkel di atas bertempat di Hotel Wingtat, Semporna.
Bengkel ini merupakan langkah proaktif dalam memperkasakan komuniti setempat untuk memainkan peranan utama dalam menjaga khazanah marin kita, di samping menyokong proses pengiktirafan OECM bagi kawasan-kawasan yang berpotensi di sekitar Semporna.
Objektif utama bengkel ini adalah:
Meningkatkan kefahaman mendalam mengenai prinsip OECM kepada komuniti dan pihak berkepentingan.
Mengenal pasti kawasan pengurusan komuniti yang berpotensi untuk mendapat pengiktirafan OECM.
Mendapatkan sokongan dan maklum balas daripada pihak berkuasa tempatan bagi melancarkan proses pengiktirafan ini.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 14 agensi, badan berkanun, pihak swasta, dan wakil komuniti yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang bengkel berlangsung.
Semoga kolaborasi erat ini menjadi pemangkin kepada pemuliharaan biodiversiti yang lebih mampan untuk generasi akan datang!