SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
TAKLIMAT PROGRAM TAKAFUL KIFAYAH CUEPACS KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM DI PUSAT BIODIVERSITI SABAH (SaBC)
20 JULAI 2026 - Telah berlangsung Sesi Taklimat Program Takaful Kifayah Cuepacs bertempat di Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) hari ini. Sesi taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan memupuk kesedaran yang mendalam kepada seluruh warga kerja SaBC mengenai kepentingan perancangan kewangan serta perlindungan masa depan seisi keluarga. Sesi diakhiri dengan upacara penyerahan cenderamata tanda penghargaan daripada Puan Ken Kartina Khamis, Pengarah SaBC kepada Encik Syamer, Pegawai Penerangan Kifayah CUEPACS.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Kifayah CUEPACS atas perkongsian maklumat yang sangat bermanfaat ini. Semoga inisiatif kebajikan ini dapat memberikan ketenangan minda kepada semua penjawat awam dalam menjalankan tugas harian.