SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
Majlis Makan Malam "Networking" Sempena ASEAN Bioethics Seminar 2025
9 SEPTEMBER 2025 - Satu Majlis Makan Malam sempena penganjuran Seminar ASEAN Bioethics 2025 telah dianjurkan oleh Pusat Biodiversity Centre (SaBC) bertempat di Dewan Kinabalu, SICC Kota Kinabalu malam tadi.
Program ini telah dihadiri seramai 100 orang jemputan yang mana iamerupakan satu acara sesi jalinan kerjasama atau “networking session” bersama para deligasi ASEAN, panel, moderator dan penjawat awam yang terlibat sama termasuklah Urusetia Seminar ASEAN Bioethics 2025.
Acara pembukaan dimulai dengan penyampaian teks ucapan alu-aluan YB DSP Sr. Haji Safar bin Untong yang disampaikan oleh YBhg Datuk Sernam Singh, Setiausaha Hasil Bumi Sabah diikuti penyampaian teks penghargaan majlis oleh Yang Berhormat Chang Li Kang disampaikan oleh Ybhg. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan & Teknologi) MOSTI.
Program diserikan dengan persembahan daripada pihak Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang cukup gemilang dengan sambut tamu di ikuti beberapa tarian seperti sumazau, limbai, pinakang dan igal-igal yang begitu sinonim dengan negeri Sabah dibawah Bayu ini.
Bagi pihak penganjur Kerajaan Negeri Sabah serta Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC), kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan diharapkan majlis makan ini membawa seribu satu kenangan yang indah untuk dibawa balik ke kampung halaman masing-masing.