SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
Sambutan Hari Biodiversiti Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2025
Semporna, 24 Julai 2025 - Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna telah berjaya menganjurkan sambutan Hari Biodiversiti Sedunia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 bertemakan " Harmony with Nature and Sustainable Development" bertempat di Dewan Arena Masyarakat, Semporna.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, mewakili YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Acara ini telah menghimpunkan penyertaan meluas yang merangkumi:
Agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan ;
Sekolah rendah dan menengah
Wakil-wakil komuniti sekitar daerah Semporna
Serta orang awam yang hadir memberikan sokongan terhadap usaha pemuliharaan biodiversiti negeri Sabah.
Antara pengisian utama ialah ceramah kesedaran dari Jabatan Perikanan Sabah, Reef Check Sabah dan WWF Malaysia, pameran interaktif, gimik perasmian bertemakan mesej dari lautan, serta pelbagai aktiviti berinformasi yang menyasarkan golongan muda dan masyarakat umum.
SaBC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Pejabat Daerah Semporna, barisan Jawatankuasa Induk sambutan, agensi-agensi pempamer, para penceramah jemputan, peserta dari pelbagai institusi, barisan media, serta para pengunjung yang telah bersama-sama menjayakan sambutan ini.
Sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu manifestasi komitmen berterusan kerajaan negeri Sabah dalam memastikan warisan biodiversiti terus dilindungi , selaras dengan matlamat pembangunan mampan.