Description
Pada 30 Januari 2023, Pusat Biodiversiti Sabah telah mengadakan konsultasi dan taklimat pengenalan kepada projek dokumentasi pengetahuan tradisi di Sabah bertempat di Kg. Kolosunan, Inanam. Sesi ini telah dihadiri oleh beberapa penduduk dari Kg. Kolosunan, Inanam termasuk Ketua Kampung (Pn. Mary) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK En. Jeffrey).
Objektif utama taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada komuniti di Kg. Kolosunan, Inanam mengenai projek dokumentasi pengetahuan tradisi di Sabah yang akan dijalankan oleh Pusat Biodiversiti Sabah dan memberi gambaran kepada komuniti tentang tatacara/aktiviti dokumentasi yang akan dilaksanakan oleh Pusat.
Photos






Event date