9 JUN 2026 - Mesyuarat Penyelarasan Pameran dan Persidangan Iinternational Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia / Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM 2026) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri. Mesyuarat ini dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pembangunan) dan dipengerusikan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kanan, YBrs. Dr. Hajah Khadijah binti Hj. Sutrisnoh.
Sesi tersebut turut dihadiri oleh wakil daripada Pusat Biodiversiti Sabah serta agensi-agensi negeri yang berkaitan. Fokus utama perbincangan adalah memperincikan perancangan strategik bagi isu dan penawaran produk hijau tempatan Negeri Sabah yang menyokong penuh tema global IGEM 2026, iaitu "Race Towards Net Zero: Action Beyond Boundaries.”
Menyingkap kejayaan tahun lalu, Pavilion Sabah telah membuktikan keupayaan inovasi anak negeri di pentas global apabila merangkul anugerah berprestij "States Innovation Awards" di IGEM 2025. Kejayaan hebat ini merupakan hasil usaha impak tinggi Pusat Biodiversiti Sabah yang mengetengahkan projek peladangan nikel (ekstraksi logam daripada tanah) menggunakan tumbuhan endemik Sabah melalui pelaksanaan rangka kerja Access and Benefit Sharing (ABS). Inovasi unik ini telah menarik perhatian luar biasa orang ramai sekali gus menobatkan Sabah sebagai pemenang.
Semoga Delegasi Sabah tampil dengan impak yang lebih besar dan membawa pulang lebih banyak pengiktirafan untuk Negeri Di Bawah Bayu!
#SabahMajuJaya #IGEM2026 #RaceTowardsNetZero #PusatBiodiversitiSabah #InovasiHijau #TeknologiHijau #SabahGoesGreen

