

Meraikan lembaran baharu pemuliharaan sempena Hari Biodiversiti Sabah 2026, Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) secara rasminya menerbitkan Buku Laporan Tahunan SaBC 2025, sekali gus merakamkan setiap rintisan kejayaan dan usaha kolektif sepanjang tahun lalu ke arah kelestarian biodiversiti negeri.
Laporan komprehensif ini merupakan bukti nyata komitmen, usaha padu, dan pencapaian strategik Negeri Sabah sepanjang tahun 2025 dalam memelihara, melindungi, serta mengurus kekayaan khazanah biologi secara lestari.
Klik disini untuk lihat secara flipbook : https://heyzine.com/flip-book/cd332b9584.html
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengeluarkan Garis Panduan Etika Bioteknologi di Malaysia. Panduan ini digubal untuk memastikan semua aktiviti bioteknologi—daripada penyelidikan hingga pengkomersialan—mematuhi prinsip bioetika sejagat, undang-undang, serta nilai budaya dan agama di Malaysia.
