SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
Seminar Pengetahuan Tradisional dan Sesi Meja Bulat bersempena Hari Biodiversiti Peringkat Negeri Sabah 2024
Pusat Biodiversiti Sabah dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menganjurkan seminar pengetahuan Tradisional dan sesi meja bulat bersempena Hari Biodiversiti Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 pada 11 Jun 2024 di Hotel Hilton, Kota Kinabalu.
Objektif Seminar tersebut adalah:
Meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat tempatan berhubung kepentingan perlindungan pengetahuan tradisi dan sumber genetik.
Memberi pendedahan komprehensif berkenaan akses kepada sumber genetik dan pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber genetik dalam memastikan perkongsian faedah yang adil dan saksama hasil daripada penggunaannya dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
Semasa seminar tersebut, MoU antara SaBC dan MyIPO telah diadakan. Objektif MoU adalah untuk membolehkan MyIPO dan SaBC bersetuju untuk mewujudkan jalinan kerjasama strategik mengenai perlindungan sumber biologi atau pengetahuan tradisi berkaitan dengan sumber biologi bagi tujuan memperkasakan sistem pemberian paten di Malaysia