SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
Kunjungan hormat Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ke Pusat Biodiversiti Sabah
Pada 20 Ogos 2024, pihak Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah membuat kunjungan hormat ke Pusat Biodiversiti Sabah berhubung pelaksanaan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022 - 2030. Semasa kunjungan tersebut pihak NRES telah membentangkan keperluan Negeri untuk memberikan laporan aktiviti dan tindakan Negeri berkaitan pelaksanaan DKBK. Kunjungan ini juga dihadiri pegawai dari Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (UMS), Institut Penyelidikan Marin Borneo (UMS), Taman-taman Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Lembaga Pelancongan Negeri Sabah.