SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SESI PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROJEK PUSAT BIODIVERSITI SABAH DI BAWAH TABUNG AMANAH KONSERVASI SUMBER ASLI NASIONAL (NCTF)
15 Ogos 2024: Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Biodiversiti Sabah, Sekretariat Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) telah mengadakan Sesi Pemantauan dan Penilaian Projek Pusat Biodiversiti Sabah yang bertajuk Sabah Access and Benefit Sharing Outreach and Awareness Programme.
Sesi ini bertujuan untuk memastikan projek-projek yang dibiayai oleh NCTF dilaksanakan selaras dengan perancangan dan jadual yang telah ditetapkan. Semasa sesi berlangsung pihak Sekretariat NCTF telah memberikan cadangan dan ulasan bagi meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian Sabah Access and Benefit Sharing Outreach and Awareness Programme yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2022.
Selain daripada projek yang dilaksanakan oleh Pusat Biodiversiti Sabah, Sekretariat NCTF juga telah mengadakan sesi yang sama ke 6 projek yang lain di bawah jabatan dan agensi kerajaan seperti Taman-taman Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah.