SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
Kunjungan Yang Berhormat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ke Pusat Biodiversiti Sabah
Pada hari ini Pengarah Pusat Biodiversiti Sabah telah menerima kunjungan YB Dato' Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama rombongan Nano Malaysia dan rakan penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah.
Semasa kunjungan tersebut , satu pembentangan berkenaan fungsi dan tanggungjawab Pusat Biodiversiti Sabah, pelaksanaan Akses dan Perkongsian Faedah termasuk status permohonan lesen akses penyelidikan bertajuk Phytomining of Lithiu-Ion Batteries active materials using local plant species (Phyllanthus rufuschaneyi, Rinorea bengalensis and Casearia tuberculate) telah disampaikan oleh pihak Pusat Biodiversiti Sabah.
Turut hadir bersama , Timbalan Setiausaha Hasil Bumi, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Taman-taman Sabah termasuk pegawai Pusat Biodiversiti Sabah dan Taman-taman Sabah.