SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
Dokumentasi Pengetahuan Tradisi Berkaitan Dengan Sumber Biologi Komuniti Kg. Melangkap,
DOKUMENTASI PENGETAHUAN TRADISI BERKAITAN DENGAN SUMBER BIOLOGI KOMUNITI KG. MELANGKAP, KOTA BELUD
Pusat Biodiversiti Sabah telah berjaya menjalankan Dokumentasi Pengetahuan Tradisi Berkaitan Dengan Sumber Biologi Komuniti Kg. Melangkap, Kota Belud pada 19-21 Februari 2025. Program dokumentasi ini bertujuan untuk merekod dan memelihara pengetahuan tradisi berkaitan sumber biologi, khususnya tumbuhan yang digunakan dan diamalkan dalam kehidupan seharian komuniti di Kg. Melangkap, Kota Belud.
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan:
Menjalankan sesi temu bual bersama komuniti;
Mendokumentasi dan mengumpul spesimen tumbuhan (digital) berpotensi;
Berkongsi ilmu serta maklumat bagi memastikan warisan pengetahuan ini terus dilindungi; dan
pengenalan dan pengambilan data menggunakan aplikasi iSaBIIS bersama komuniti
Terima kasih kepada komuniti Kg. Melangkap atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan dokumentasi ini!