SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan Tahun 2025
Pada 5 Mac 2025, Pusat Biodiversiti Sabah bersama Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Tanah dan Ukur, dan Jabatan Perhutanan Sabah telah menjayakan program kolaborasi penyediaan & penyerahan bubur lambuk bertempat di Dewan Serbaguna Jabatan Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu. Program ini merupakan inisiatif bersama bagi menyemarakkan semangat Ramadhan serta mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang!