SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
MESYUARAT MAJLIS BIODIVERSITI SABAH (MBS) BIL. 1/2025
7 Mac 2025 - Mesyuarat MBS Bil. 1/2025 telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Brenndon Keith Soh, Peguam Besar Negeri Sabah, Tuan Sernam Singh, Setiausaha Hasil Bumi, Dr. Maklarin Lakim, Pengarah Taman-Taman Sabah, Tuan Mohd. Soffian bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Hidupan Liar, Dr. Waidi Sinun, Dr. John Tay, Prof. Madya Dr. Fiffy Hanisdah Saikim, Prof. Madya Dr. Bernadette Mabel Manjaji, Dr. Nurul Ain Mohd Yaakub, selaku Ahli Majlis Dilantik dan wakil Pengarah daripada jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran.
Sebanyak 4 Kertas Pertimbangan dan 3 Kertas Makluman telah dibentangkan semasa mesyuarat tersebut berlangsung. Mesyuarat MBS Bil. 1/2025 juga telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa bagi tujuan kaji selidik keperluan penyelidikan di Sabah, impak dan polisi dan pulangan kepada Negeri Sabah.
Mesyuarat MBS yang bermula pada jam 9:30 pagi ditangguhkan pada jam 12:05 tengah hari.