SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Semporna bagi tujuan membincangkan cadangan kerjasama bagi Sambutan Hari Biodiversiti Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2025.
19 Mac 2025: SaBC telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Semporna bagi tujuan membincangkan cadangan kerjasama bagi Sambutan Hari Biodiversiti Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2025. Kunjungan ini diketuai oleh Pengarah SaBC sendiri iaitu Pn. Ken Kartina dan disertai oleh Unit ICT & Korporat dan Pentadbiran.
Cadangan kerjasama tersebut telah disambut baik oleh Penolong Pegawai Daerah Kanan Semporna, Tn. Hj. Abd Azis bin Abd Bool serta Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Semporna, Tn. Hafizul Hafiz bin Ladja Hassan.
Berdasarkan perbincangan ini, Sambutan Hari Biodiversiti Peringkat Negeri Sabah dijangka akan diadakan pada 26 Jun 2025 di daerah Semporna, di mana kekayaan biodiversiti marin dan usaha pemuliharaannya oleh komuniti sekitar adalah bersesuaian dengan tema sambutan “Harmony with Nature and Sustainable Development”.