SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
BENGKEL KONSULTASI PEMEGANG TARUH BAGI PENYEDIAAN LAPORAN KEBANGSAAN KE-7 (7NR) KEPADA KONVENSYEN KEPELBAGAIAN BIOLOGI (CBD)
12 Januari 2026 - Bertempat di Hotel Hilton, Kota Kinabalu, satu Bengkel Konsultasi Pemegang Taruh bagi Penyediaan Laporan Kebangsaan 7NR (7th National Report) kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) telah diadakan. Bengkel ini dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bersama dengan perunding dilantik Elistra Advisory Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pusat Biodiversiti Sabah.
Bengkel yang bertujuan untuk menilai progress, mengumpul input dari segi aktiviti dan inisiatif yang telah atau sedang dilaksanakan termasuk isu dan cabaran dalam melaksanakan pemuliharaan, pengurusan dan penggunaan lestari biodiversiti di Sabah ini telah disertai oleh pelbagai pemegang taruh iaitu jabatan dan agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan akademik dan pertubuhan bukan kerajaan.
Kesemua maklumat-maklumat penting ini akan dimasukkan ke dalam Laporan 7NR tersebut bagi memenuhi keperluan pelaporan antarabangsa dan sebagai satu mekanisme penting untuk menilai pencapaian, mengenal pasti jurang serta memperkukuh hala tuju strategik negara selaras dengan komitmen Malaysia dalam melaksanakan dan mencapai Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework. Di peringkat Kebangsaan komitmen ini dilaksanakan melalui Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030 yang juga selari dengan pelaksanaan Sabah Biodiversity Strategy 2024–2034.
Pihak Pusat Biodiversiti Sabah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, urus setia, pihak perunding, fasilitator dan peserta atas komitmen dan dedikasi bagi menjayakan bengkel ini.