Satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal OECM di Sabah telah diadakan di Pusat Biodiversiti Sabah sebagai platform perbincangan dan penyelarasan pelaksanaan inisiatif pemuliharaan berasaskan kawasan secara lebih berkesan dan menyeluruh.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 𝟏𝟑 𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 (𝐍𝐆𝐎), termasuk Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, SKG Green Sdn. Bhd. (Sawit Kinabalu Group), WWF-Malaysia, dan lain-lain pihak berkepentingan.
Diharapkan kerjasama pelbagai pihak ke arah pelaksanaan OECM yang lebih sistematik dan mampan dapat diperkukuh, selari dengan usaha pemuliharaan biodiversiti di Sabah