SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
WOMEN IN ENVIRONMENT SYMPOSIUM 2026
18 Ogos 2026 - Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) berasa bangga dapat hadir dan berpartisipasi dalam The Women in Environment 2026 Symposium “Climate Action,Nature Conservation, Digital Transformation & Inclusive Leadership” yang berlangsung di Hotel Grand Margherita Kuching, Sarawak. Kehadiran SaBC di simposium ini mencerminkan komitmen SaBC dalam menyokong tadbir urus biodiversiti yang inklusif dan memacu sinergi rentas wilayah demi kelestarian kepulauan Borneo.
Melalui platform ini, kami berpeluang berkongsi pandangan mengenai pengurusan sumber biologi, pemeliharaan pengetahuan tradisional, serta pemerkasaan wanita dalam penggubalan dasar alam sekitar global. Pembentangan merangkumi aspek tindakan iklim, transformasi digital, dan inovasi komuniti amat selaras dengan misi kami untuk memastikan khazanah alam diurus secara mampan dan adil.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas ruang menimba ilmu dan perkongsian ilmiah yang sangat bermakna ini!