SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABC DAN TAMAN-TAMAN SABAH PERKUKUH KERJASAMA LATIHAN PENGUATKUASAAN DI TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN
22 Ogos 2026 – Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) telah menyertai latihan penguatkuasaan yang dikendalikan oleh pegawai Taman-Taman Sabah di kawasan Taman Tunku Abdul Rahman sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh kerjasama antara agensi dalam pemuliharaan biodiversiti dan penguatkuasaan.
Seramai lapan ( 8 ) orang pegawai SaBC terlibat dalam program ini, yang bertujuan untuk memberikan pendedahan serta pemahaman yang lebih mendalam mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP), operasi penguatkuasaan lapangan, dan pengurusan kawasan perlindungan marin melalui lawatan ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi.
Sepanjang program, para pegawai telah diberikan pendedahan mengenai:
tatacara penguatkuasaan lapangan
pemantauan aktiviti di kawasan marin
pendekatan komunikasi efektif bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen berterusan antara agensi dalam memperkasakan tadbir urus kawasan perlindungan serta kelestarian sumber semula jadi di Negeri Sabah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Taman-Taman Sabah atas sesi yang cukup bermanfaat ini.