SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
KONVENSYEN INTEGRITI DAN TADBIR URUS ANTIRASUAH (KITA) 2026
06 – 07 Oktober 2026
Sabah International Convention Centre (SICC)
Konvensyen Integriti dan Tadbir Urus Antirasuah (KITA) 2026 memberi tumpuan kepada isu, cabaran dan perkembangan semasa dalam bidang Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA) melalui perkongsian ilmu, strategi dan tindakan dalam usaha memperkukuh serta membudayakan GIA secara berkesan dan lestari.
KITA 2026 mengangkat nilai:
Kepimpinan Berintegriti
Akauntabiliti
Ketelusan
Keberanian Melakukan Perubahan
Konvensyen ini turut menjadi wadah untuk memperkukuh transformasi tatakelola dan perkhidmatan awam yang berintegriti, berdaya tahan dan berprestasi tinggi demi merealisasikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Objektif KITA 2026:
Meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keunggulan sahsiah diri.
Meningkatkan pendedahan serta memperkaya pengalaman melalui perkongsian ilmu, inspirasi kejayaan dan budaya berprestasi tinggi.
Mewujudkan sinergi pelbagai agensi dalam memaksimumkan penggunaan sumber dan idea bagi tindakan pemantapan GIA.
Memperluas jaringan profesional dan sosial antara peserta dengan pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang GIA.
Semoga KITA 2026 terus menjadi platform yang memperkukuh budaya integriti, meningkatkan kecekapan tadbir urus serta menyemarakkan keberanian untuk melakukan perubahan ke arah perkhidmatan awam yang lebih berintegriti dan berprestasi tinggi.
Integriti Diperkasa, Tadbir Urus Berkualiti, Sabah Maju Jaya.