SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
SABAH BIODIVERSITY CENTREOFFICIAL WEBSITE"Sabah Maju Jaya"
BENGKEL PENGENALAN KEPADA OTHER EFFECTIVE AREA-BASED CONSERVATION MEASURES (OECM): KRITERIA DAN GARIS PANDUAN
Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC), dengan kerjasama South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP), telah menganjurkan Bengkel Pengenalan kepada OECM: Kriteria dan Garis Panduan pada 27 Oktober 2026 bertempat di Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu, Sabah.
Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai konsep, kriteria dan garis panduan OECM serta meneroka potensi kawasan yang diuruskan oleh pihak Shangri-La Rasa Ria Resort, Sabah, sebagai tapak OECM. Bengkel ini turut disertai oleh pihak Danau Girang Field Centre (DGFC).
Melalui bengkel ini, pihak Shangri La Rasa Ria, Kota Kinabalu berpeluang untuk membuat penilaian awal, mengenal pasti potensi kawasan, cabaran, keperluan serta langkah seterusnya bagi mengenal pasti kesesuaian tapak sebagai tapak OECM. Pihak Conservebyu by Sawit Kinabalu juga telah menyampaikan taklimat perkongsian mengenai pengalaman Kawasan Pemuliharaan Sg. Pin sebagai salah satu OECM Pioneer Sites in Malaysia.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh pendekatan pemuliharaan biodiversiti di Sabah, termasuk mengiktiraf peranan kawasan yang menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti di luar kawasan perlindungan formal.