Tarikh: 12 - 14 November 2024
Tempat : Taman Bukit Tawau, Tawau
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Taman-taman Sabah akan menganjurkan Program Renjer Muda Taman-taman Sabah: Pemulihara Hutan (Penyelidikan Cendawan Borneo) sempena sambutan Hari Cendawan Sedunia 2024 dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Akademi Sains Malaysia (ASM).
Sempena porgram ini pihak SaBC dijemput sebagai penceramah dan fasilitator. Puan Alessandra akan memberi taklimat bertajuk: Akses dan Perkongsian Faedah Biodiversiti