Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

BENGKEL KONSULTASI PEMEGANG TARUH BAGI PENYEDIAAN LAPORAN KEBANGSAAN KE-7 (7NR) KEPADA KONVENSYENKEPELBAGAIAN BIOLOGI (CBD)

  • Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang 

    Tempat : Hotel Hilton, Kota Kinabalu 

    Latar Belakang: 

    Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) adalah dalam peringkat penyediaan Laporan Kebangsaan ke-7 (7th National Report- 7NR) yang akan dikemukakan kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity- CBD) pada tahun 2026. Penyediaan laporan tersebut merupakan sebahagian obligasi Malaysia sebagai negara ahli kepada CBD untuk melaporkan status pencapaian dan tindakan negara dalam usaha mengurus serta memulihara kepelbagaian biologi. 

    Oleh yang demikian, satu bengkel konsultasi pemegang taruh akan diadakan yang bertujuan untuk mengumpulkan input dan data daripada pihak pemegang taruh dalam melaksanakan inisiatif dan aktiviti termasuk kejayaan dan cabaran berkaitan dengan Sabah Biodiversity Strategy 2024-2034 dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030.