Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Kunjungan Hormat Pusat Biodiversiti Sabah ke Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah

Description

Pusat Biodiversiti Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah pada 15 Januari 2026. 

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama serta melaksanakan sesi libat urus bersama pihak IPMB, khususnya dalam perkongsian maklumat dan data berkaitan biodiversiti marin dan rumput laut. Inisiatif ini juga membuka ruang perbincangan mengenai keperluan perkongsian data melalui sistem Sabah Biodiversity Integrated Information System (SaBIIS), pengenalan kepada Sabah Traditional Knowledge Information System (SaTKIS) dan Sabah Biodiversity Access and Export Licence Application System (SaBAES). 

SaBC komited untuk terus memperluas kerjasama strategik bersama institusi penyelidikan bagi menyokong pengurusan dan pembangunan biodiversiti marin yang lebih bersepadu di Sabah. 

Photos
pic 1
pic 2
Event date