Description
SaBC Dijemput Sebagai Penceramah Seminar Biokeselamatan Borneo (Sabah) 2026
Encik Rodney Jammy, sebagai wakil Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC), telah dijemput sebagai penceramah dalam Seminar Biokeselamatan Borneo (Sabah) 2026 yang berlangsung di Kota Kinabalu.
Menerusi sesi pembentangan tersebut, SaBC berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan peranan serta usaha SaBC dalam menyokong pembangunan dan penyelidikan bioteknologi di Sabah.
Penyertaan ini mencerminkan kepercayaan terhadap peranan SaBC sebagai salah satu agensi rujukan di peringkat negeri dalam pengurusan biodiversiti dan sumber biologi.
Terima kasih atas jemputan dan peluang untuk berkongsi ilmu bersama para peserta seminar.
Photos
Event date

