𝟏𝟏 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔: Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) telah menganjurkan Bengkel Prosedur Penilaian Sistem SaBAES V2 bertempat di Bilik Mesyuarat Kalibambang, SaBC.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan panduan teknikal kepada Ahli Jawatankuasa Teknikal mengenai 𝐭𝐚𝐭𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐚𝐤𝐬𝐞𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐞𝐤𝐬𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐛𝐢𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐒𝐚𝐁𝐀𝐄𝐒 𝐕𝟐 yang telah mula beroperasi secara rasmi pada 𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔.
Pelaksanaan sistem SaBAES V2 merupakan manifestasi SaBC dalam 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐡𝐮𝐭 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 (𝐒𝐊𝐍) 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 melalui penerapan Konsep 5A iaitu 𝘼𝙘𝙘𝙚𝙨𝙨𝙞𝙗𝙡𝙚 𝙗𝙮 𝘼𝙣𝙮𝙤𝙣𝙚 𝙖𝙩 𝘼𝙣𝙮𝙩𝙞𝙢𝙚, 𝘼𝙣𝙮𝙬𝙝𝙚𝙧𝙚 𝙖𝙣𝙙 𝙗𝙮 𝙪𝙨𝙞𝙣𝙜 𝘼𝙣𝙮 𝘿𝙚𝙫𝙞𝙘𝙚𝙨.
Dengan pemerkasaan fungsi Ahli Jawatankuasa Teknikal melalui sistem versi terbaharu ini, pemantauan dan kawal selia terhadap sumber biologi Sabah dapat diperkukuhkan selaras dengan Enakmen Biodiversiti Sabah 2000.
#SaBC #SaBAESV2 #JKAE #BiodiversitiSabah #DigitalTransformation #SabahMajuJaya #AksesDanEksport

