Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐏𝐔𝐓 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐎𝐑𝐍𝐀, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Description

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐏𝐔𝐓 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐎𝐑𝐍𝐀, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

𝟐𝟐 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 : Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) telah menyertai Bengkel Kesedaran Rumput Laut yang berlangsung di 𝐖𝐢𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐭 𝐆𝐫𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥, 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐨𝐫𝐧𝐚. Bengkel ini merupakan platform penting bagi berkongsi hasil dapatan penyelidikan serta memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan ekosistem rumput laut yang unik.

Program ini merupakan sebahagian daripada projek 𝐒𝐞𝐚𝐠𝐫𝐚𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐩𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐝 𝐂𝐨𝐦𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐲-𝐛𝐚𝐬𝐞𝐝 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦𝐦𝐞 𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐚𝐧𝐝 𝐅𝐞𝐝𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐫𝐢𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐨𝐟 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 yang diterajui oleh Institut Marin Borneo (IMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan sokongan tajaan daripada Yayasan PETRONAS.

Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk:

Image removed. Mendapatkan pandangan dan sokongan teknikal daripada pemegang taruh.

Image removed. Membincangkan kerjasama strategik dalam pengurusan ekosistem.

Image removed. Berkongsi cabaran dalam usaha pemuliharaan rumput laut di lapangan.

Bengkel ini telah menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang komited dalam menjaga khazanah marin daerah Semporna. SaBC berbesar hati dapat menyumbang kepakaran dan bekerjasama dalam inisiatif murni ini demi kelestarian biodiversiti marin negeri Sabah.

Photos
Event date