ᴋᴇᴍᴀʜɪʀᴀɴ ᴅɪɢɪᴛᴀʟ ᴡᴀʀɢᴀ ᴋᴇʀᴊᴀ ᴍᴇʟᴀʟᴜɪ ʟᴀᴛɪʜᴀɴ ɢᴏᴏɢʟᴇ ᴡᴏʀᴋꜱᴘᴀᴄᴇ ʙᴇʀꜱᴀᴍᴀ ꜱᴀʙᴀʜɴᴇᴛ10 Ogos 2026 | Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) komited dalam memastikan warga SaBC terus mendepani arus pemerkasaan digital. Sehubungan itu, satu Sesi Latihan Dalaman: Bengkel Google Workspace telah diadakan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti penyampaian perkhidmatan kakitangan.
Pihak SaBC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SabahNet kerana sudi memenuhi jemputan sebagai fasilitator bagi mengendalikan sesi latihan ini.
Diharapkan dengan penganjuran latihan ini, warga SaBC dapat memanfaatkan kemahiran digital yang dipelajari untuk melancarkan lagi urusan kerja harian. Terima kasih diucapkan kepada pihak SabahNet atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat!
#PusatBiodiversitiSabah #SaBC #DigitalHeritage #GoogleWorkspace #KemahiranDigital #MenaraKinabalu #Sabah

