26 OGOS 2026 – Sekitar suasana Majlis Makan Malam Gala 9th International Biotechnology Symposium (SB9) yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang bertempat di Hotel Le Méridien, Kota Kinabalu. Majlis ini merupakan anjuran bersama Biotechnology Research Institute (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC).
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Jordan Jude Datuk Ellron, Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI). Majlis turut dihadiri oleh Pengarah SaBC, YBrs. Puan Ken Kartina Khamis; Pengarah BRI, YBhg. Prof. Dr. Jualang @ Azlan Gansau; Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya, YBhg. Datuk Ramlee bin Kariah, serta beberapa pegawai kanan negeri.
Melalui platform antarabangsa ini, SaBC terus komited dalam menyokong inovasi bioteknologi serta memperkasakan pemeliharaan dan pengurusan biodiversiti unik Sabah secara mampan. Turut hadir memeriahkan majlis makan malam tersebut ialah delegasi luar negara, antaranya dari Jepun, Korea, Taiwan, dan Indonesia.
Terima kasih diucapkan kepada semua delegasi, saintis, dan penyelidik dari seluruh dunia yang hadir memeriahkan malam penuh bermakna sempena SB9 2026!
#SaBC #SabahBiodiversityCentre #SB9 #Biotechnology #BiodiversitySabah #UMS #BRI #KPSTI #SabahMajuJaya

