Menu
Sabah Crest

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

Sabah Crest
SABC logo

SABAH BIODIVERSITY CENTRE OFFICIAL WEBSITE "Sabah Maju Jaya"

BENGKEL PEMURNIAN PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN HERBA NEGARA BERSAMA PEMEGANG TARUH SIRI 1 2026

Image removed. MEMARTABATKAN KHAZANAH HERBA NEGARA: SABC HADIR BENGKEL PEMURNIAN PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN HERBA NEGARA (SIRI 1) Image removed.

KUALA LUMPUR, 14–16 OKTOBER 2026 – Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) telah diwakili oleh Encik Rodney Jammy bagi menghadiri Bengkel Pemurnian Pelan Strategik Pembangunan Herba Negara Bersama Pemegang Taruh (Siri 1) bertempat di Days Hotel & Suites by Wyndham Fraser Business Park, Kuala Lumpur.

Bengkel anjuran Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini bertujuan untuk:

1) Menghidupkan semula Majlis Pembangunan Herba Negara (MPHN) sebagai platform pemutus dasar dan hala tuju industri.

2) Memurnikan draf Pelan Strategik Pembangunan Herba Negara (PSPHN) secara holistik menerusi kolaborasi strategik bersama pemegang taruh dari pemain industri berpengalaman, kumpulan pakar akademia, dan jabatan serta agensi kerajaan.

Image removed. KANDUNGAN & IMPAK BENGKEL

Kesinambungan Pembangunan Strategik: Bengkel ini merupakan susulan kepada sesi terdahulu (3–4 Jun 2026) bagi memperhalusi serta memuktamadkan draf PSPHN agar lebih komprehensif, praktikal, dan selaras dengan keperluan semasa industri herba negara.

Penglibatan SaBC dalam bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam memelihara kepelbagaian biodiversiti, mengurus sumber biologi secara mampan, serta melindung pengetahuan tradisi anak negeri dan komuniti tempatan demi kesejahteraan negara.