Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC), dengan kerjasama South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP) melalui projek Roadmap for Recognising and Strengthening the Management and Conservation Areas (including OECM) di bawah Projek MYFOLUR-UNDP, telah menganjurkan Bengkel Teknikal Pembangunan Kerangka OECM Sabah pada 28 Oktober 2026 di Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu.
Bengkel ini telah disertai oleh ahli Jawatankuasa Teknikal OECM Sabah yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pakar teknikal. Bengkel ini memberikan peluang kepada ahli jawatankuasa untuk berkongsi pandangan serta kepakaran dalam membangunkan kerangka pengiktirafan Other Effective Area-based Conservation Measures (OECMs) di Sabah. Antara fokus utama bengkel tersebut:
-Menilai mekanisme tadbir urus dan pengurusan kawasan pemuliharaan sedia ada;
-Mengenal pasti jurang dari aspek dasar, perundangan, institusi dan teknikal;
-Membangunkan laluan pelaksanaan yang jelas bagi pengiktirafan OECM di Sabah; dan
-Mengenal pasti tindakan keutamaan serta peranan institusi dalam memperkukuh usaha pelaksanaan OECM di Sabah.
Our Biodiversity, Our Heritage, Our Responsibility.

