Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Belud akan menganjurkan Sambutan Hari Biodiversiti 2023 pada 28 Julai 2023 (Jumaat) bermula dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang bertempat di Kadamaian Square, Kota Belud. Pada sebelah pagi aktiviti kuiz, taklimat, pameran biodiversiti, saringan kesihatan termasuk jualan tamu oleh komuniti tempatan akan memeriahkan lagi sambutan pada kali ini yang bertemakan "From Agreement to Action: Build Back Biodiversity".
Sambutan akan diteruskan dengan majlis perasmian oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Dikesempatan ini juga, satu sesi taklimat ringkas berkenaan dengan Projek Dokumentasi Pengetahuan Tradisi (TK) Komuniti Asal Sabah oleh SaBC akan diadakan dan Terma Persetujuan Bersama (Mutual Agreed Terms) di antara SaBC dan Komuniti Kg. Melangkap akan ditandatangani.
Semua dijemput hadir! Jumpa di Kadamaian Square, Kota Belud esok.